Translator:

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Ahad, 5 Ogos 2007

My Sign Language

My Sign Language adalah laman web yang memaparkan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).
Ia amat mudah digunakan kerana telah disusun dalam bentuk kamus.
Anda akan dibawa terus ke laman web My Sign Language melalui link di bawah.

KLIK DI SINI : My Sign Language


Semoga dapat membantu.

Jom Belajar Bahasa Isyarat
Komuniti Pendidikan Khas
SMK.Dato' Penggawa Barat,Pontian,Johor

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM): Bahasa Isyarat Komuniti Pekak Di Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri kelas bahasa isyarat, anda bolehlah mendapatkan maklumat dari link di bawah.



KLIK DI SINI : Belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)


Semoga dapat membantu anda.

Jom Belajar Bahasa Isyarat
Komuniti Pendidikan Khas
SMK.Dato'Penggawa Barat,Pontian,Johor

Sabtu, 21 Julai 2007

Jom Belajar Bahasa Isyarat

Selamat Datang Ke BahasaIsyarat.blogspot.com, Kunjungan Anda di alu-alukan dan semoga
Jom Belajar Bahasa Isyarat Dapat Sedikit Sebanyak Membantu Anda Mengikuti dan Mempelajari Bahasa Isyarat.

Perhatian:
Adalah dimaklumkan bahawa Bahasa Isyarat (Bahasa Isyarat Malaysia /BIM dan American Sign Language /ASL) adalah berbeza dengan Kod Tangan Bahasa Malaysia / Bahasa Malaysia Kod Tangan.

Bahasa Isyarat adalah bahasa komunikasi yang wujud daripada komuniti orang pekak, begitu juga dengan ASL yang merupakan bahasa komunikasi komuniti pekak Amerika.Sementara Kod Tangan Bahasa Malaysia atau Bahasa malaysia Kod Tangan (BMKT) adalah penggunaan kod tangan yang menggunakan prinsip-prinsip Bahasa Malaysia yang disusun dan diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Khas.

Ada kemungkinan terdapat sedikit perbezaan antara kod tangan dan bahasa isyarat, namun begitu kedua-duanya masih boleh diguna pakai di bawah prinsip komunikasi seluruh.

Sila rujuk buku Kementerian Pelajaran Malaysia 1985.Komunikasi Seluruh, Bahasa Malaysia Kod Tangan,Jilid 1.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Penggunaan Bahasa Isyarat dalam Jom Belajar Bahasa Isyarat ini adalah merujuk kepada buku panduan; Persatuan Orang Pekak Malaysia,2000.Bahasa Isyarat Malaysia (Malaysian Sign Language).Malaysian Federation Of The Deaf.

Sekiranya ada percanggahan kod tangan dan bahasa isyarat yang kedapatan, maka anda dinasihatkan merujuk kedua-dua buku tersebut.

Sekian, semoga dapat membantu seadanya.


Komuniti Anugerah Bertuah,
Pendidikan Khas
Sekolah Menengah Kebangsaan dato' Penggawa Barat